Rumah yang tidak bertiang atau tdk kukuh tiangnya akan runtuh pada bila-bila masa sahaja. Begitu juga dengan Iman kita krn Solat itu adalah tiang agama Islam. Disini, disertakan sedikit info tentang punca lewat atau malas bersolat. I'Allah, akan sentiasa saya perbaiki dan tambah dari masa ke semasa info tentang SOLAT.
Sebab-sebab selalunya
rasa berat nak sembahyang, itu ada kaitan dengan
dosa-dosa kita. Jadi bertaubatlah bersungguh-sungguh, moga-moga dengan
itu Allah permudahkan kita untuk menyembahnya.
Hadis Berkenaan Melambatkan Solat Fardhu :
Saad bin Abi Waqas bertanya Rasulullah SAW mengenai orang yang
melalaikan sembahyangnya maka jawab baginda : "Iaitu mengakhirkan waktu
sembahyangnya dari waktu asalnya hingga sampai waktu sembahyang lain.
Mereka telah mensia-siakan dan melewatkan waktu sembahyangnya, maka
mereka diancam dengan neraka wail".
Ibn Abbas dan Said bin
Al-Musaiyib turut mentafsirkan hadis di atas :"Iaitu orang yang
melengah-lengahkan sembahyang mereka sehingga sampai kepada waktu
sembahyang lain, maka bagi pelakunya jika mereka tidak bertaubat Allah
menjanjikan mereka neraka jahanam tempat kembalinya".
Dalam
hadis yang lain Rasulullah bersabda : "Sesiapa yang mengumpulkan dua
sembahyang tanpa ada halangan, maka sesungguhnya dia telah memasuki
pintu besar dari pintu dosa-dosa besar". (Riwayat Al-Hakim)- Sumber
Seksaan Bagi Oyang Yang Suka Melambatkan Waktu Dan Meninggalkan Solat :
Mereka yang meninggalkan sembahyang akan menerima seksa di dunia dan di
alam kubur tidak terlepas daripada tiga seksaan. Tiga jenis seksa di
dalam kubur ialah :
Kubur akan menghimpit-himpit serapat yang mungkin sehingga berselisih tulang-tulang dada.
Dinyalakan api di dalam kuburnya dan api itu akan membelit dan membakar tubuhnya siang dan malam tiada henti-henti.
Akan muncul seekor ular yang bernama "Sujaul Aqra" dan ular itu
berkata: "Allah menyuruh aku membelasah engkau kerana engkau mensia-
siakan sembahyang Subuh."
Ia dipukul dari waktu Subuh hingga
naik matahari, kemudian dipukul dan dihentak hingga terjunam ke perut
bumi kerana meninggalkan sembahyang Zuhur. Kemudian dipukul lagi kerana
meninggalkan sembahyang Asar, begitulah seterusnya dari Asar ke
Maghrib, dari Maghrib ke waktu Isyak dan seterusnya hingga ke waktu
Subuh semula. Demikianlah berterusan seksaan oleh Sajaul Aqra hinggalah
hari Kiamat.
Petua Mengatasi Tabiat Suka Melambatkan Waktu Solat Fardhu :
• Sembahyang sebaik-baik sahaja masuk waktu sembahyang.
• Set jam waktu solat kek alarm clock pada handphone anda.
• Tampalkan poster poster berkaitan dosa meninggalkan solat pada dinding bilik.
• Hentikan aktiviti blogging, facebook, twitter, dan chatting dan terus tunaikan solat.
• Ingatlah bahawa Syaitan tu sentiasa berusaha untuk menyesatkan
manusia, supaya manusia jadi orang yang terkutuk di akhirat nanti.
• Sentiasa ingat bahawa mati itu tidak dapat diramal. Kalau tak sempat solat lepas tu tetibe mati pulak, KANTOI!!!
No comments:
Post a Comment