Thursday, 15 March 2012

~Hubungilah 24434 Dengan Segera!!~

 Rumah yang tidak bertiang atau tdk kukuh tiangnya akan runtuh pada bila-bila masa sahaja. Begitu juga dengan Iman kita krn Solat itu adalah tiang agama Islam. Disini, disertakan sedikit info tentang punca lewat atau malas bersolat. I'Allah, akan sentiasa saya perbaiki dan tambah dari masa ke semasa info tentang SOLAT.

Sebab-sebab selalunya rasa berat nak sembahyang, itu ada kaitan dengan dosa-dosa kita. Jadi bertaubatlah bersungguh-sungguh, moga-moga dengan itu Allah permudahkan kita untuk menyembahnya.
Hadis Berkenaan Melambatkan Solat Fardhu :

Saad bin Abi Waqas bertanya Rasulullah SAW mengenai orang yang melalaikan sembahyangnya maka jawab baginda : "Iaitu mengakhirkan waktu sembahyangnya dari waktu asalnya hingga sampai waktu sembahyang lain. Mereka telah mensia-siakan dan melewatkan waktu sembahyangnya, maka mereka diancam dengan neraka wail".

Ibn Abbas dan Said bin Al-Musaiyib turut mentafsirkan hadis di atas :"Iaitu orang yang melengah-lengahkan sembahyang mereka sehingga sampai kepada waktu sembahyang lain, maka bagi pelakunya jika mereka tidak bertaubat Allah menjanjikan mereka neraka jahanam tempat kembalinya".

Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda : "Sesiapa yang mengumpulkan dua sembahyang tanpa ada halangan, maka sesungguhnya dia telah memasuki pintu besar dari pintu dosa-dosa besar". (Riwayat Al-Hakim)- Sumber

Seksaan Bagi Oyang Yang Suka Melambatkan Waktu Dan Meninggalkan Solat : Mereka yang meninggalkan sembahyang akan menerima seksa di dunia dan di alam kubur tidak terlepas daripada tiga seksaan. Tiga jenis seksa di dalam kubur ialah :
Kubur akan menghimpit-himpit serapat yang mungkin sehingga berselisih tulang-tulang dada.

Dinyalakan api di dalam kuburnya dan api itu akan membelit dan membakar tubuhnya siang dan malam tiada henti-henti.

Akan muncul seekor ular yang bernama "Sujaul Aqra" dan ular itu berkata: "Allah menyuruh aku membelasah engkau kerana engkau mensia- siakan sembahyang Subuh."

Ia dipukul dari waktu Subuh hingga naik matahari, kemudian dipukul dan dihentak hingga terjunam ke perut bumi kerana meninggalkan sembahyang Zuhur. Kemudian dipukul lagi kerana meninggalkan sembahyang Asar, begitulah seterusnya dari Asar ke Maghrib, dari Maghrib ke waktu Isyak dan seterusnya hingga ke waktu Subuh semula. Demikianlah berterusan seksaan oleh Sajaul Aqra hinggalah hari Kiamat.

Petua Mengatasi Tabiat Suka Melambatkan Waktu Solat Fardhu :
• Sembahyang sebaik-baik sahaja masuk waktu sembahyang.
• Set jam waktu solat kek alarm clock pada handphone anda.
• Tampalkan poster poster berkaitan dosa meninggalkan solat pada dinding bilik.
• Hentikan aktiviti blogging, facebook, twitter, dan chatting dan terus tunaikan solat.
• Ingatlah bahawa Syaitan tu sentiasa berusaha untuk menyesatkan manusia, supaya manusia jadi orang yang terkutuk di akhirat nanti.
• Sentiasa ingat bahawa mati itu tidak dapat diramal. Kalau tak sempat solat lepas tu tetibe mati pulak, KANTOI!!!

TABARRUJ



Tabarruj, ialah mendedahkan kecantikan rupa paras, samada kecantikan itu di bahagian muka atau di anggota-anggota badan yang lain. Al-Bukhari RahmatuLlahi ‘Alaihi ada berkata: “Tabarruj, iaitu seseorang wanita yang memperlihatkan kecantikan rupa parasnya.”Untuk menjaga masyarakat dari bahaya pendedahan ‘aurat dan di samping menjaga kehormatan wanita dari sebarang pencerobohan, maka dengan yang demikian Allah melarang setiap wanita yang telah berakal lagi baligh dari bermake-up (tabarruj).
(petikan daripada Kitab Tabarruj oleh Ustazah Ni’mat Sidqi)

Tabarruj ialah wanita yang bersolek atau menampakkan perhiasaan dan kecantikannya atau memakai wangian, yang mampu menarik perhatian lelaki bukan mahram.


Allah telah berfirman dalam al-Quran melalui surah al-Nur, ayat 31 yang bermaksud:
“Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan jangan menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, putera-putera lelaki mereka, atau puteraputera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang ‘aurat wanita. Dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung."


Firman Allah, “Dan hendaklah kalian tetap di rumah kalian dan janganlah kalian bertabarruj seperti orang-orang jahiliyah yang dahulu”. (Al-Ahzaab ayat 33).

Dari Abdullah bin ‘Amr, “Umaimah bintu Ruqaiqah berjumpa Rasulullah saw. untuk berbaiat kepadanya untu masuk islam, maka Nabi saw. berkata, “Aku membaiatmu untuk tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu pun, tidak mencuri, tidak berzina, tidak membunuh anakmu, tidak membuat-buat kedustaan yang kamu kerjakan dengan kedua tangan dan kakimu, tidak meratap dan tidak tabarruj seperti dilakukan wanita jahiliyyah”. (HR. Ahmad).

Ibn Katsir mengatakan, tabarruj ialah wanita yang meletakkan selendang atas kepalanya dan tidak mengikatnya sehingga boleh dilihat leher dan perhiasannya termasuklah rantai di lehernya.
Ibn Manzur mengatakan tabarruj ialah apabila seorang wanita menampakkan perhiasan serta kecantikannya kepada lelaki bukan mahram.

Abu Ubaidah berpendapat tabarruj bermaksud seorang wanita menampakkan kecantikannya yang boleh membuatkan orang lelaki ghairah.
  
Nabi saw. bersabda, “Wanita yang berhias bukan untuk suaminya adalah bagaikan kegelapan pada hari kiamat, tidak ada cahaya baginya.” (HR. Abu Daud)

APA ITU TABARRUJ ??

Menurut Imam Bukhari: Tabarruj] ialah mempertontonkan seorang wanita akan kecantikannya kepada lelaki yang bukan mahram. Jadi, dapatlah disimpulkan bahawa konsep tabarruj ini melibatkan segala benda yg bertujuan utk perhiasan. Al-Qurtubi telah menafsirkan bahawa perhiasan itu terbahagi pada 2 iaitu perhiasan semula jadi dan perhiasan buatan. Perhiasan semula jadi adalah kecantikan wajah dan keindahan tubuh yg tercipta sejak lahir lagi manakala perhiasan buatan pula ialah alat2 yg dipakai oleh wanita utk menambahkan lagi kecantikan dirinya.

APAKAH TABARRUJ DIBOLEHKAN DALAM ISLAM ??

Firman Allah Ta'ala: “Janganlah mereka (wanita) memperlihatkan perhiasan tubuh”. Oleh sebab itu, Allah s.w.t telah mewajibkan kaum wanita menutup aurat supaya dia tidak mendedahkan perhiasannya. Namun realiti hari ini, terdapat pelbagai fesyen tudung yang mana tidak selari dengan tuntutan syari’at. Pernah sekali saya menonton rancangan busana muslimah. Programnya bercirikan Islam, namun gaya penampilannya tidak berlandaskan syariat yg telah ditetapkan. Allah memerintahkan supaya melabuhkan tudung hingga ke dada, namun apa yg diketengahkan melalui rancangan ini berlawanan terus dgn saranan Allah. Tudung di bahagian depan disingkatkan manakala di sebelah belakang labuh sehingga ke punggung. Masya Allah, betapa umat Islam hari ini makin terpesong dek arus kemodenan sehingga menjadikan tudung itu sebagai perhiasan kepada org yg melihat. Ia jelas berlawanan dengan suruhan Allah iaitu tudung itu sebagai mekanisme utk menutup perhiasannya atau fitnahnya

'STRICT'NYA ISLAM. NAK BERHIAS SIKIT PUN X BOLEH KE?

Tidaklah salah untuk kita berhias kerana Allah itu cantik dan Allah sukakan kecantikan, tapi berhiaslah sekadarnya dan apa yg penting, memenuhi tuntutan syariat .Berpakaianlah mengikut lunas2 Islam. Allah telah memberikan anak Adam 3 kategori pakaian sebagaimana dalam surah Al A'raf: 25.

Wahai anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu pakaian yang menutup aurat kamu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian yang disandarkan pada taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Demikian itu adalah limpah kurnia dari Allah mudah-mudahan mereka mengenangnya”

Dalam ayat di atas, 3 kategori pakaian ialah:

1) Pakaian yang menutup aurat, yang malu apabila dilihat orang.
2) Pakaian indah yang menutup aurat dan sebagai penghias badan
3) Pakai taqwa: Pakaian jenis 1 dan 2, ditambah juga sebagai penghias rohani. Memenuhi semua syarat menutup aurat:

o Menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan
o Tidak nipis dan terlalu jarang
o Tidak ketat dan longgar
o Tidak menyerupai kaum lelaki dan begitu juga sebaliknya

Namun realiti muslimah kini, ramai yg menyokong dan mengamalkan tabarruj ini. Lihatlah fesyen hari ini, ramai yang bertudung, tapi dipakai dengan baju yang ketat dan nipis hingga menampakkan bentuk badan. Ramai yang bertudung, tapi dililit ke atas hingga menampakkan dada. Ia jelas bertentangan dengan suruhan Allah dalam surah An Nur ayat 31: "Dan katakanlah pada perempuan beriman agar melabuhkan tudung ke dadanya...". Ramai yang bertudung, tapi tudung terlalu nipis hingga menampakkan rambut. Ramai yang bertudung, tapi perhiasan terlalu banyak hingga menarik perhatian orang ramai. Inilah realiti hari ini. Mereka sering berhujah dengan pelbagai alasan untuk mengahalalkan tabarruj ini, sehingga terkadang kita sering tertipu dengan retorik yang diada-adakan oleh mereka. Namun Alhamdulillah, buku ini akan menjawab segala alasan golongan yg menyokong dan mengamalkan tabarruj ini.

ALASAN 1: Tabarruj adalah dosa kecil, tak pe je..

Kebanyakan golongan wanita terpelajar yg lalai ini hanya mengenal zahir kehidupan dunia sahaja dan mereka terlupa akan kehidupan abadi di akhirat kelak. Oleh itu, mereka melihat dosa besar sebagai dosa kecil dan kuantiti mega kebajikan yg dilakukannya dpt melenyapkan dosa2 kecil mereka ini. Lagipun, Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Mereka menggunakan dalil nakli dalam surah al-Furqan:70 yg bermaksud: “kecuali orang yg bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal baik. Maka orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan dan adalah sesungguhnya bahawa Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani".

Tetapi, mereka perlu ingat bahawa dosa kecil jika dilakukan secara berterusan akan menjadi dosa besar, bak kata pepatah “sikit2 lama2 jadi bukit”. Renunglah hadis Nabi ini: “Seorang mukmin melihat dosanya seperti bukit di atas (kepalanya) yang dibimbangi akan jatuh ke atasnya. Manakala orang munafiq melihat dosanya seperti lalat yang hinggap di muknya, maka dihalaunya lalat itu”. Adakah kita memilih untuk menjadi seorang munafiq berbanding seorang mukmin sebagaimana hadis Nabi tadi? Dan satu lagi, INGATLAH, sesungguhnya KEBAIKAN ITU DAPAT MENGHAPUSKAN KEJAHATAN JIKA DISERTAI dengan PENYESALAN dan TAUBAT. Adapun jika berterusan dalam kejahatan, maka jadilah sebaliknya. Kejahatan itu yang akan menghapuskan kebaikan. Firman Allah: “Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan Rasul dan janganlah kamu batalkan amal-amal kamu”


ALASAN KE-2: Tabarruj adalah lambang kemodenan, up-to-date

Pasti ramai di kalangan perempuan yang bertudung labuh pernah melalui pengalaman diejek kawan2 sendiri kerana dianggap tidak up-to-date. Kita yg masih muda ini dipanggil mak cik, ustazah sehingga kadang2 terasa malu dan rendah diri apabila berkumpul bersama kerana imej kita yg tidak selari dgn tuntutan tamadun moden kini.

Tapi, janganlah bersedih wahai wanita beriman kerana Allah Ta'ala telah berfirman: "Janganlah kamu berasa hina dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamu orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang beriman” (Al-Imran:139). Wanita yg melakukan tabarruj ini menunjukkan bahawa dirinya adalah wanita yg jahil tentang agama. Zahir sahaja mengenal Penciptanya, tetapi masih berterusan dalam melakukan maksiat, berterusan di atas landasan kejahilan tentang Islam. Sangat aneh apabila Barat yg begitu masyhur amat menitik beratkan agar barang2 berjenama dibalut dan dibungkus rapi agar terpelihara dan tidak cepat rosak. Tetapi hal yang sama tidak berlaku terhadap benda bernyawa yg bergelar PEREMPUAN. Malah, mereka menuntut agar wanita mendedahkan tubuh dan perhiasan mereka sebagai tatapan ramai untuk iklan dan melariskan jualan. Jelas terbukti bahawa Barat telah merendahkan maruah wanita sebegitu rupa. Kalau kaum wanita sudah terhina maruahnya sebegitu rupa, mengapa wanita muslimah masih berlumba- lumba meniru cara hidup mereka yang terhina itu? Kesimpulannya, tabarruj bukanlah lambang kemodenan kerana kemodenan sebenar di sisi Allah ialah kemodenan yang membawa rahmat bagi sekelian alam.


ALASAN KE-3: Tabarruj meletakkan diri seseorang wanita setaraf dengan kebanyakan wanita lain supaya terselamat dari penghinaan dan cercaan

"Islam bermula dengan dagang (asing) dan berakhir dengan dagang. Maka beruntunglah orang yang dagang". Hakikat hari ini, TERLALU SEDIKIT bilangan muslimah yang benar2 berpakaian menutup aurat menurut kehendak syari'at, sehingga sering saja mereka berasa tersisih dari dunia ramai kerana rata2 perempuan kini berpakaian sekadar menutup apa yang patut sahaja. Tapi fikirkan: Jika wanita jahil menghina hukum Allah, mengapa wanita Islam harus mengikut mereka? Jika mereka akan dicampakkan ke dalam jurang neraka, mengapa wanita muslimah masih beria-ia mengikut jejak mereka? Sabda Nabi: “Sesiapa yang menyerupai kaum tertentu, maka dia termasuk dalam kaum itu”. Menghairankan sekali, kenapa wanita muslimah kini tidak malu menonjolkan identiti fasiq, tetapi malu untuk menonjolkan identiti taqwa dan iman dengan berpakaian menurut syari'at. Adakah mereka sanggup menggantikan perkara baik demi perkara maksiat semata-mata kerana takut dengan pandangan tidak puas hati dan cercaan ahli fasiq dan maksiat ini? Lalu mengutamakan redha mereka daripada redha Allah Ta'ala?

Fikir secara logiknya, adakah mereka ingin minum arak supaya orang mabuk tidak mengeji mereka? Adakah mereka akan berzina supaya pelaku zina tidak perlekehkan mereka? Ketahuilah, sesungguhnya wanita2 pengikut fesyen dan trend moden ini sanggup memperlekehkan muslimah2 sejati yang menjadikan isteri2 Nabi Muhammad s.a.w sebagai ikutan. Masya-Allah, adakah dunia kini sudah mencapai tahap kejahilan di mana tahap kebatilan mentertawakan kebijaksanaan, kefasiqan mentertawakan ketaqwaan? Ingat, jika hari ini wanita murahan ini memandang rendah dan mentertawakan muslimah sejati yg mereka anggap sebagai kuno dan lapuk, akan datang suatu hati nanti, muslimah sejati ini pula yang akan mentertawakan wanita murahan ini sebagaimana janji Allah dlm surah Al-Mutoffifin:29-34: “Sesungguhnya, orang yang derhaka, mereka selalu mentertawakan orang beriman. Dan apabila orang beriman lalu dekat mereka, mereka mengerling dan mencemuhnya……Maka pada hari ini, orang beriman pula mentertawakan orang (derhaka) itu”


ALASAN KE-4: Tabarruj adalah jalan untuk percepatkan perkahwinan bagi perempuan

Jika kita lihat senario kini, ramai muslimah yang telah mengubah identiti mereka dari bertudung litup kepada tudung yg pelbagai fesyen kini kerana bimbang diri mereka yg belum disunting lagi untuk mengakhiri zaman bujangnya. Lantas, mereka merendahkan sedikit demi sedikit martabat maruah mereka hanya kerana untuk mencuri perhatian mana2 pemuda. Wanita muslimah ini tidak menyedari bahawa pemuda yang bakal menyuntingnya nanti tidak mencari hati yang bertaqwa demi kebahagiaan yang kekal. Maka, dia tidak akan menjadi suami yang soleh. Kesimpulannya, tabarruj mungkin percepatkan perkahwinan, tetapi yang lebih bahaya, ia turut percepatkan penceraian.



Kesimpulanya, aurat dan tabarruj amat berkaitan antara satu sama lain.Andainya aurat dititikberatkan dalam kehidupan, maka tabarruj dapat difahami serta dielakkan sama sekali. I'Allah, akan ada kupasan mengenai aurat dan tabarruj lagi selepas ini.

~AURAT ~

Aurat

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." (Surah An-Nur, 31)

1. Bulu Kening
-Menurut Bukhari, "Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening." Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki)
-"Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." (An-Nur: 31)
Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.

3. Wangian
-"Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina." (Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban).

4. Dada
-"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. " (An-Nur : 31)

5. Gigi
-'Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya.' (Riwayat At-Thabrani)
-"Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang mengubah ciptaan Allah"(Riwayat Bukhari dan Muslim).

6. Muka dan Tangan
-Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: 'Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." (Riwayat Muslim dan Bukhari).

7. Tangan
-"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya"(Riwayat At Tabrani dan Baihaqi).

8. Mata
-"Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pandangannya." (An Nur : 31).
-Sabda Nabi SAW, "Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan." (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi).

9. Mulut (suara)
-"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik."( Al Ahzab: 32).
-Sabda Rasulullah saw, "Sesungguhnya akan ada umatku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi." (Riwayat Ibn Majah).

10. Kemaluan
-"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. "(An Nur : 31).
-"Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." (Riwayat Al Bazzar).
-"Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah." (Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah).

11. Pakaian
-"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah).
-"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." (Riwayat Bukhari dan Muslim). Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
-"Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al Ahzab : 59).

12. Rambut
-"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." (Riwayat Bukhari dan Muslim).
- Artikel iluvislam.com

Tuesday, 13 March 2012

Ujian Sebagai Permulaan Hidup Yang Indah

Sejak daripada kecil lagi kehidupan kita telah diuji oleh Allah..mungkin bukan kita yg diuji, tetapi family kita, kawan or org sekeliling kita terutama negara kita...kita hanya mampu bersabar, berdoa n tawakal  setelah berusaha...Kalau org lain yg menimpa musibah, kita hanya mampu kata sabar, tabah, patience or macam2 lagi..hakikatnya, org tersebut yg menanggungnya...bak kata pepatah, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya...

Setelah banyak air mata yg menitis sejak daripada kita lahir sehingga kita berumur 20, 30, 40, 50 shgga 100 tahun,  mustahil kita tdk diuji. Bahkan, harta yg banyak n pangkat juga ujian Allah kpd manusia..Kita sebagai khalifah Allah merupakan pelakon2 di atas pentas dunia yg hanya tempat singgahan sblm melangkah ke alam kubur n akhirat..Ya Allah, singkatnya hidup ini..huhuhu...hidup ini amatlah singkat.. ada sebahagian ulamak mengatakan bahawa kehidupan kita seperti jarak antara azan n iqamah..

Setelah melalui alam persekolahan rendah, menengah dan universiti, daku telah melalui kehidupan yang berbeza-beza. terlalu banyak ujian yg telah menimpa diriku. Daripada hidup miskin, sederhana n berada... dulu rumah kami hanya berdindingkan buluh n beratapkan rumbia n lampu pelita minyak tanah, tetapi hidup bahagia...alhamdulillah...:) sekarang, alhamdulilah... keadaan berubah, dinding bertukar konkrit, atap zink n lampu pendauflour....tp, pelita minyak tanah tu jg yg telah membawa sy ke UKM....adk2 sy belajar dgn lampu elektrik tetapi x pernah hargai apa yg ada....rezeki stp org berbeza kan...duit yuran upsr, pmr n spm, stpm semua hasil titik peluh bekerja pada masa cuti sekolah n masa sekolah...bagi yg knal sy, mgkn tahu..tujuan nya adlah untuk meringakan beban mak n ayah yg mencari duit utk adk2.....sy x pernah rasa menyesal, merungut atau sedih...sy gembira n bersyukur sangat sehingga kini...alhamdulillah....:)

saya yakin kalian semua pun sama pernah melalui semua dugaan yang pelbagai. tetapi, semua ujian tersebut kta telah tempuhi krn kta telah berjaya sehingga kini. Allah maha adil bukan? Allah menguji kita sesuai dengan kemampuan kita...sungguh Allah Maha Adil n Bijaksana.kadang2, kita merasa lemah n mengeluh..tetapi, bila ingat Allah, kita pasti tenang n kembali bersemangat. "dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang...zikir, solat malam, baca Quran n bergaul dengan org2 soleh blh memberi ketenangan kpd kita...i'Allah...berdoalah selalu kpd Allah, minta petunjuk n minta dpermudahkan semuanya...Allah itu Maha Mendengar...


Sahabat2 sekalian, seterusnya saya membawakan sebuah kisah yg tdk asing lagi iaitu;
     >>>1 lelaki, Kaktus n Ulat beluncas

Pada suatu hari, seorang lelaki berdoa kepada Allah agar diberikan Bunga dan Rama-Rama.
Namun Allah memberikannya kaktus dan ulat, Lelaki ini sedih dan tidak paham mengapa pemberian-Nya berbeza dari permintaannya. Kemudian dia berfikir, Allah mempunyai terlalu ramai umat untuk diuruskan dan dia memutuskan untuk tidak mempersoalkannya.Selepas satu tempoh yang lama, lelaki ini memikirkan semula pemohonan doanya yang telah lama dilupakannya. Lelaki ini amat terperanjat apabila melihat pokok kaktus yang hodoh dan berduri itu tumbuh pula bunga yang cantik, Dan daripada ulat yang berselindung telah bertukar menjadi rama-rama yang cantik. Yakinlah, Allah sentiasa melakukan semua perkara dengan BETUL
Cara Allah sentiasanya cara yang TERBAIK, walaupun kelihatan semuanya salah. Jika anda memohon sesuatu dan menerima yang lain dari Allah, PERCAYALAH. Pasti Allah sentiasa mengurniakan apa yang dipinta pada masa yang SESUAI. Bersangka baiklah dengan Allah...:)

Kita sering mempersoalkan kenapa kita sering diuji???
Apa kata ALLAH swt terhadap hamba-Nya yang menerima ujian daripada-Nya??? Kata ALLAH swt... " Iman mereka bertambah.."ALLAH swt merakamkan di dalam al-Quran...(maksudnya lebih kurang) .. " dan apabila mereka (orang-orang yang beriman ) itu menerima ujian dari tuhan mereka, mereka berkata " cukuplah bagi kami ALLAH swt sebagai tempat kami bergantung..."
Ujian merupakan salah satu nikmat dan rahmat kasih sayang Allah kpd kita...kalau kita sakit, juga merupakan kafarah dosa kecil kita..ada orang berkata, bila ditimpa musibah, baru sibuk2 nk ingat Allah...pedulikan apa kata org itu...ikhlaskan hati ingat kpd Allah, berubah n mensyukuri nikmat Allah...

Allah tidak akan merancang sesuatu itu terjadi jika tiada sebab n  hikmah yg terkandung di dalam nya...terlalu banyak hikmah di sebalik yg berlaku jika kita boleh memikirkan nya..Masya Allah..Astaghfirullahal 'Aziim..
JIka kita hilang punca n arah, jika kita kecewa, jika kita down n putus asa, INGATLAH ALLAH....JANGAN PUTUS ASA DENGAN RAHMAT ALLAH SEKALI-KALI....Astaghfirullahal 'Aziim...

>>>Bait2 Lirik Lagu, Rahmat Ujian (Mestica)
lagu yg penuh makna...x jemu mendengar lagu ni sekarang...huhuhu...dengar juga lagu InsyAllah, maher zain ke kan..hehe..( sekali-sekala, dengar  juga nasyid ye...:)  )

harus ada rasa bersyukur
di setiap kali ujian menjelma
itu jelasnya membuktikan
ALLAH mengasihimu setiap masa

diuji tahap keimanan
sedangkan ramai terbiar dilalaikan
hanya yang terpilih sahaja
antara berjuta mendapat rahmat-NYA

ALLAH rindu mendengarkan
rintihanmu berpanjangan
bersyukurlah dan tabahlah
menghadapi segala ujian diberi...

Ya Alah Ya Tuhan kami, tabahkan hati kami dalam menempuhi ujian Mu Ya Allah...permudahkan juga semua urusan kami n permudahkan kami menempuhi semuanya....Amin...

Hidup mestilah bersandarkan Al-Quran n As-Sunnah...kalau kita x tahu jawapan kpd sesuatu masalah, rujuk Allah, rujuklah Al-Quran n Sunnah...salah satu ayat daripada Surah Al-Baqarah, iaitu ayat 216 yg saya suka maksudnya;

"Boleh Jadi Kamu Membenci Sesuatu, Padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia tidak baik bagimu..Allah Mengetahui, sedangkan kamu tidak". ye, Allah lbh tahu semuanya walaupun kita sembunyikan atau apa2 lah...hehehe...niat baik dicatat, niat x baik x dicatat...Allah adil kan..hehe...hati kita, Allah tahu...